Khamis, 20 April 2017

Video Wanita Kota Janji Potong Payudara Kerana Ahok Kalah

Terlajak berjanji mungkin membawa padah, tetapi ada satu lagi kemungkinan - memudahkan kesukaran.

Seorang wanita kira-kira seminggu lalu muncul di media sosial dengan janji yang menggetarkan.

Dia berikrar memotong payudaranya jika pasangan Anies Baswedan - Sandiaga Uno berjaya mengalahkan Ahok - Djarot untuk jawatan gabenor dan timbalan gabenor Jakarta.

Semalam pemilihan itu pun berlangsunglah dan ternyata Anies dan Sandiaga mengatasi regu Ahok - atau nama sebenarnya Basuki Tjahaja Purnama - dan Djarot Saiful Hidayah dengan peratusan yang tinggi.

Justeru, pengguna laman sosial segera mengingatkan wanita terbabit bahawa dia berjanji untuk memotong payudaranya.

Tidak lama kemudian satu klip video baru muncul. Dengan berbaju ungu wanita tidak didedahkan identitinya itu dilihat berada di sebuah hospital dan bersedia menunggu giliran bertemu doktor.

Dia juga menegaskan akan mengotakan janjinya. Namun wanita terbabit juga mendakwa dia memang merancang membuang kedua-dua payudaranya kerana sedang menderita barah tahap empat.

"Janji itu adalah hutang, akan aku penuhi. Saya akan potong payudara saya sesuai dengan janji saya," katanya melalui klip video berkenaan.

Dia yang jelas seorang daripada penyokong Ahok berkata, sebenarnya jika tokoh popular itu menang mengatasi Anies pun dia tetap akan memotong payudaranya.

Melalui klip video itu wanita terbabit juga menunjukkan nama doktor onkologi yang akan ditemuinya di hospital berkenaan, iaitu Dr Djoko Dlidir.

Semalam penduduk Jakarta mengundi bagi memilih gabenor bagi bandar raya berkenaan. Ia adalah pengundian pusingan kedua selepas pusingan pertama lalu tiada mana-mana pasangan memperoleh sokongan lebih 51 peratus.

Pusingan pertama diadakan pada 15 Februari lalu. Ketika itu ada tiga pasangan bertanding. Selain gandingan Ahok - Djarot dan Anies - Sandiaga, pasangan ketiga ialah Agus Harimurti Yudhoyono - Sylviana Murni.

Semalam kiraan awal menunjukkan Anies - Sandiaga memperoleh 58 peratus undi berbanding 42 untuk Ahok - Djarot. Anies seorang aktivis mahasiswa sebelum ini pernah dipilih Presiden Joko Widodo sebagai menteri pendidikan Indonesia.

Enam hari lalu wanita terbabit menarik perhatian ramai apabila memuat naik rakaman videonya.

"Seandainya Anies - Sandi esok menang, saya rela ptong payudara saya. Saya berani potong payudara saya, potong susu saya kalau Anies - Sandi sandi menang," katanya.

Dia juga bertanya kepada seorang lelaki - dikenali sebagai Haji Lulung - yang berjanji memotong kedua-dua cuping telinga dan hidungnya jika Ahok menang.

"Kamu berani potong anumu, aku juga berani potong anuku. Anumu besok, Lulung, yang motong siapa? Kalau anuku, payudaraku, esok yang motong pak Djoko Dlidir," katanya.-Malaysia Kini
loading...