Selasa, 18 April 2017

Video Wanita Serang Kanak-Kanak Yang Terpijak Kaki Anaknya

Gara-gara terpijak kaki anak lelakinya, seorang wanita gagal mengawal kemarahan dan menyerang seorang kanak-kanak perempuan.

Kejadian yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Hangzhou, China itu disaksikan oleh pengunjung.

Sepotong video yang menjadi viral di Internet menyaksikan wanita terbabit terjerit-jerit cuba menyerang seorang kanak-kanak perempuan dan dileraikan oleh suami wanita itu.

Kanak-kanak perempuan itu dipercayai terpijak kaki anak lelakinya ketika sedang bermain di pusat hiburan kanak-kanak.

Kemudian, wanita itu memaksa kanak-kanak perempuan itu memohon maaf hingga menyebabkan kanak-kanak terbabit melarikan diri dan memeluk ibunya tanpa mengucapkan sepatah kata.

Ibu kepada kanak-kanak perempuan itu meminta maaf namun wanita terbabit belum berpuas hati dan meninggikan suara hingga anak-anak mereka menangis.

Kejadian lebih buruk apabila wanita itu mula menyerang seorang wanita lain.

Tindakan ekstrem wanita itu dikecam netizen yang menyifatkan perbuatannya tidak masuk akal.
loading...