Isnin, 17 April 2017

Wanita Berjambang Enggan Lagi Bercukur, Terima Diri Seadanya

Seorang wanita yang mempunyai jambang, disebabkan masalah hormon, kini tidak lagi mencukurnya walaupun menjadi sasaran pembuli.

Alma Torres, 24 tahun, yang berasal dari Bronx, New York, menghidap polycystic ovary syndrome (PCOS) ketika berusia 16 tahun, hingga mengakibatkan berat badannya bertambah manakala mukanya ditumbuhi jambang.

Selama ini Alma digelar sebagai hodoh dan ketika berjalan di luar rumah, orang asing akan cuba untuk merakamkan gambarnya. Dia kini tidak lagi mahu menyembunyikan diri dan tidak bercadang untuk mencukurnya.

“Saya digelar hodoh dan ada yang suruh saya bunuh diri. Pembuli juga menyuruh saya mencukur jambang serta memanggil saya sebagai barah,” katanya.

Alma percaya dengan adanya jambang, ia menjadikan dia sebagai lebih baik dan mahu menggalakkan mereka yang mempunyai masalah yang sama supaya menerima diri sendiri.

Dia juga mendapat sokongan daripada teman lelakinya, Taylor, 22 tahun, yang sebelum ini turut membantu Alma mencukur jambangnya. Namun Taylor berpendapat Alma kelihatan cantik dengan wajah semulajadinya.
loading...