Jumaat, 14 April 2017

Wanita Lakukan Samun Dan Bunuh Seorang Warga Emas.

Seorang nenek yang duduk berseorangan ditemui maut di rumahnya Kg. Belukar Jambu Terengganu dipercayai di samun dan dibunuh oleh seorang perempuan.

Mangsa dipercayai berumur dalam 80 tahun dibunuh kira-kira dalam pukul tiga petang tadi.

Dipercayai suspek yang berasal dari kampung sama berjaya di tangkap orang ramai.

Menurut satu sumber, supek adalah seorang pekerja di kedai Pok Man Su dan juga saling mengenali dengan mangsa.

Sementara motif suspek sanggup membunuh mangsa masih belum diketahui, namun dari sumber sama memaklumkan suspek memiliki seorang anak yang sedang sakit.

Nota:kes masih dalam siasatan lanjut.
loading...