Khamis, 27 April 2017

Warden Berdepan Hukuman Gantung

Kuala Lumpur: Polis mengklasifkasikan semula kes bekas murid Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Kota Tinggi, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan  jika terbukti bersalah akan dihukum gantung

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman Twitter miliknya turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
“PDRMsia ucapkan takziah kepada keluarga anak ini dan mengklasifikasikan semula siasatan di bawah Seksyen 302 bunuh,” katanya.

Dalam satu lagi twitnya, Khalid berkata, polis akan mendapatkan laporan penuh perubatan untuk siasatan segera.

“PDRMsia akan dapatkan laporan penuh perubatan dan lengkapkan siasatan dengan segera,” katanya.

Mohamad Thaqif meninggal dunia jam 2 petang semalam ketika mendapat rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat jangkitan kuman.
loading...