Isnin, 17 April 2017

Zip Di Punggung Revolusi Fesyen Seluar Jeans?

Dunia fesyen hari ini berada di luar jangkaan. Setiap masa ada sahaja perkara baharu, ada kalanya langsung tak kena dengan norma diperkenalkan atas nama fesyen.

Terbaru, sebuah jenama fesyen terkenal di Perancis, Vetements tampil dengan fesyen seluar jeans yang bukan sahaja mahal mencapai harga AS$1,500 (RM6,600) tetapi rekaannya pelik dan tidak masuk akal.

Pelik kerana seluar jeans keluaran terbaru ini mempunyai zip di bahagian punggung, sekali gus memberikan pengguna pilihan untuk mendedahkan aset jika mereka mahu.

Pilihan menunjuk bahagian punggung?

Mungkin terlalu kreatif sehingga tidak fikir sensitiviti atau moral, rekaan Vetements bagaimanapun dikritik pengguna selepas mempromosi rekaan tersebut di laman sosial.

Menggelarkan ia sebagai rekaan paling bodoh dan hodoh, pengguna akui ia fesyen melampau walaupun digayakan oleh artis terkenal seperti Sarah Snyde.

Laman Instagram Vetements dipenuhi persoalan jika rekaan itu benar dan bukan lawak April Fool yang terlewat.

Dalam pada itu, perekanya, Demna Gvasalia pula menyifatkan jeans itu sebagai rekaan masa kini, berkata harga yang mahal dikenakan termasuk bagi logo syarikat yang bernilai RM1,000, petik Daily Mail.

Apapun, anda lihat rekaan jeans tersebut dan tentukan sendiri jika ia satu rekaan yang praktikal atau sebaliknya.

Kalau saya, bagi free pun tak nak!

Vetements sebelum ini pernah terlibat dalam kontroversi fesyen apabila menjual singlet berlengan dengan rekaan logo syarikat logistik, DHL pada harga lebih RM800.
loading...