Sabtu, 6 Mei 2017

Video Dan 7 Gambar: 200 Banduan Lolos Kerana Penjara Terlalu Padat

Jakarta – Kira-kira 200 banduan di Indonesia dilaporkan melarikan diri dari sebuah penjara yang terlalu padat di Sumatera.

Kejadian itu berlaku selepas banduan berkenaan bertindak merobohkan pagar berhampiran masjid dalam kompleks penjara itu ketika dibenarkan keluar untuk menunaikan solat Jumaat, semalam.

Jurucakap polis Riau, Guntur Aryo Tejo berkata, seramai 77 banduan berjaya ditangkap semula manakala selebihnya masih diburu pihak polis.

Penjara terbabit dipercayai hanya mampu memuatkan sehingga 700 banduan dalam satu masa tetapi telah dipenuhi hampir 1,800 banduan. -Reuters

loading...