Khamis, 11 Mei 2017

4 Penyamun Ditembak Mati Di Sri Rampai

KUALA LUMPUR: Empat lelaki dipercayai aktif dalam kejadian samun ditembak mati di Sri Rampai, di sini, sebentar tadi.

Empat anggota Geng Civic, ditembak oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Selangor dalam kejadian berbalas tembak di Seksyen 10, Wangsa Maju, di sini, selepas dipercayai baru melakukan satu kejadian samun.

Polis juga turut menemui sejumlah wang tunai dalam kereta jenis Honda Civic, dinaiki suspek.-Berita Harian Online

loading...