Khamis, 25 Mei 2017

4 Remaja Perempuan Pukul dan Bogelkan Remaja Umur 14 Tahun

Tindakan kejam 4 remaja perempuan yang memukul dan membogelkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun berjaya ditahan polis.

Menurut laporan Suara.TV, empat sekawan yang tiada mempunyai sifat belas kasian telah memukul dan membogelkan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun sebagai tindakan balas dendam.

Kejadian itu berlaku di sebuah terowong di CBD, Ciledug, Tangerang.

Dalam kejadian itu, mangsa telah diserang oleh empat remaja dikenali sebagai Dian yang berusia 17 tahun, Yulia (21), Novita (20) dan Betharia, 19 tahun.

Punca “keempat-empat mereka melakukan serangan itu kerana kesal dengan perbuatan mangsa yang sering memalukan Dian di dalam Facebooknya.

“Disebabkan terlalu marah, Dian telah mengajak tiga rakannya yang lain untuk membelasah mangsa,” kata polis.-Suara.TV
loading...