Rabu, 24 Mei 2017

8 Gambar Kanak-Kanak Berusia 2 Tahun Dirogol Jiran durjana.

New Delhi: Seorang kanak-kanak berusia 22 bulan terpaksa menjalani pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya selepas mengalami kecederaan teruk akibat dirogol jirannya berusia 45 tahun.

Ketika kejadian, kanak-kanak berkenaan yang tinggal di kawasan setinggan di timur Delhi sedang bermain di luar rumahnya apabila Hare Ram Yadav, 45, seorang tukang jahit, membawanya masuk ke dalam rumahnya pada 7 Mei lalu.

Sebaik berada di dalam rumahnya, kanak-kanak itu dirogol selama 15 minit sebelum pulang ke rumah dalam keadaan berdarah dan menangis.

Ketika kejadian, ibu kanak-kanak berkenaan yang berusia 20 tahun berada di dalam rumah memberi makan kepada bayinya yang berusia lapan bulan, sementara bapanya, 28, bekerja di gerai teh.

Menurutnya, anaknya pulang ke rumah sambil meraung dan sukar berjalan.

'Saya dukung dia dan bertanya apa yang sudah berlaku. Saya fikir dia hendak ke tandas dan apabila saya membawanya ke bilik air dia mengalami pendarahan teruk di kemalaunnya.

Saya benar-benar takut dan menjerit meminta tolong kerana pendarahan tidak berhenti. kemudian ayahnya pulang ke rumah dan kami membawanya ke hospital. '

Bercakap mengenai Yadav, bapa berkata: "Saya tidak tahu dia secara peribadi tetapi saya selalu melihat dia di kawasan itu. Saya fikir dia seorang yang baik dan mesra bersama jiran sebelum ini.

Doktor di hospital Charitable mengesahkan anak saya telah dirogol dan dirujuk ke sebuah hospital kerajaan. Kanak-kanak ini dimasukkan ke Hospital kerajaan untuk membuat pembedahan dengan segera.

Dr Yogesh Kumar Sarin, pakar bedah pediatrik, berkata: "Ia telah mengesahkan bahawa kanak-kanaki ini telah didera secara seksual dan mengalami kecederaan yang teruk.

Pihak polis telah menahan Hare Ram pada hari yang sama dan menuduhnya atas kesalahan merogol kanak-kanaki dan serangan seksual.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Nupur Prasad berkata: "Hare Ram telah membuat pengakuan jenayah dan kini dalam tahanan polis dan dihantar ke penjara. '

Ibu kanak-kanak itu kini takut kerana buah mulut jiran-jirannya, Dia berkata: "Beberapa orang jiran berkata bahawa anaknya tidak akan dapat hamil apa bila sudah dewasa nanti.

Sebelum ini anaknya suka bermain di luar tetapi sekarang anaknya mula takut untuk keluar rumah. Setiap malam anaknya akan menjerit ketakutan, dia mesti mengalami mimpi ngeri dari kejadian itu.

Pasangan itu telah memutuskan untuk tidak memberitahu mengenai kejadian ini apabila anaknya besar nanti dan merancang untuk pindah ke kawasan lain mengelak dari orang bercakap menggenai kejadian rogol itu.

'Saya tidak akan beritahu apa yang berlaku kerana ia akan menghancurkan jiwa anak saya. Saya tidak mahu dia menghadapi penghinaan dari masyarakat jadi kami kini telah mengambil keputusan untuk berpindah rumah.

'Apa yang kami mahu adalah keadilan sekarang. Bagaimana seorang lelaki boleh menjadi begitu kejam terhadap kanak-kanak? Saya tidak dapat bayangkan kesakitan dan trauma anak saya mesti telah mengalami kejadian kejam itu.

'Jika seorang perogol seperti dia tidak dihukum dengan tegas, ia hanya akan menggalakkan orang lain. Saya harap tertuduh akan dihukum dengan hukuman yang adil. Harian Metro.







loading...