Selasa, 9 Mei 2017

9 Gambar Juruterbang Cantik Dapat Perhatian Netizen Di Media Sosial

MARIA Fagerström bukan calang-calang wanita. Dia bukan sahaja cantik malahan Maria merupakan juruterbang pesawat komersil dan mempunyai 238,000 pengikut dalam Instagramnya.

Semuanya gara-gara minatnya yang mendalam terhadap kerjayanya hinggakan dia mendokumentasikan aktiviti yang dilakukan termasuk yoga dan memuatnaik dalam akaun media sosialnya.

Dengan menggunakan nama @mariathepilot, Maria berkongsi gambar-gambar menarik di tempat-tempat yang dilawatinya.

 Wanita yang berasal dari Sweden ini kini bertugas di Pulau Canary dan dia mula memuatnaik gambar-gambarnya dalam media sosial selepas mendapat sokongan daripada rakan juruterbangnya.

“Saya tertarik dengan media sosial kerana ia menghubungkan anda dengan dunia luar. Saya meminati penerbangan dan fotografi dan dengan Instagram, saya boleh menggabungkan dua minat saya itu untuk dikongsi dengan dunia,” katanya yang memutuskan untuk menukar profail Instagramnya daripada peribadi kepada umum.

Maria, yang telah dua tahun menerbangkan pesawat komersial, mendapat inspirasi untuk menjadi juruterbang daripada bapanya yang merupakan juruterbang pesawat Airbus 320.

Bapanya juga sering membawa Maria dan adiknya untuk menaiki pesawat bersama-sama dengannya.

“Selama 20 tahun ayah terlibat dalam penerbangan jarak jauh dan dia selalu membawa saya serta tiga adik perempuan saya bersamanya.

“Saya tidak dapat bayangkan cara yang lebih jelas untuk melihat dunia jadi saya jatuh cinta dengan penerbangan,” katanya yang akan melakukan yoga walau kemana dia berada.
loading...