Ahad, 28 Mei 2017

Anak Buaya Diberi Minuman Keras, Dua Lelaki Didakwa.

Walau apa jenis binatang pun, semua binatang pun harus dilayan dengan baik.

Tapi lain pula jadinya apabila seekor anak buaya ditangkap serta di dera dengan cara sengaja di beri minuman untuk memabukkan anak buaya tersebut.

Dua lelaki telah didakwa selepas gambar mereka menuang bir ke dalam mulut seekor anak buaya tersebar.

Joseph Andrew Floyd, 20, dan Zachary Lloyd Brown, 21, dari Ridgeland, South Carolina, sedang memandu dari Hardeeville dan Tillman apabila mereka mendakwa melihat seekor anak buaya melintas jalan pada Khamis yang lalu.

Mereka mengaku di mahkamah bahawa mereka telah menangkap haiwan itu, menuang bir ke dalam mulutnya, mengambil gambar dan kemudian melepaskannya semula ke dalam kolam berdekatan, WMBF News melaporkan.

Kedua-dua mereka didakwa kerana melakukan penderaan terhadap buaya, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Sumber Asli South Carolina (SCDNR).

Pegawai penguatkuasa undang-undang SCDNR mula menyiasat kes ini selepas agensi itu menerima berpuluh-puluh e-mel dan mesej daripada orang ramai pada Khamis.

Gambar asal kejadian ini muncul di SnapChat dan kemudian gambar paparan skrinnya telah dikongsi di Facebook oleh orang lain.

Menurut kenyataan akhbar, pasangan itu boleh dikenakan denda maksimum AS$300.

Hakim yang menyelia kes itu akan menentukan hukuman akhir lelaki dalam masa terdekat.
loading...