Khamis, 25 Mei 2017

Anak Cuba Hisap Susu Ibunya Yang Maut Kemalangan

Mayat seorang wanita yang disyaki mangsa kemalangan di landasan kereta api,  tarik perhatian orang ramai apabila anak kecil yang baru berusia 17 bulan ini cuba menghisap susu ibunya tanpa menyedari bahawa si ibu sudah meninggal dunia.

Menurut laporan Suara.TV, situasi yang memilukan itu dapat disaksikan landasan kereta api di daerah Damoh, India.

Menurut saksi, Monu, dia melihat seorang wanita terbaring di atas landasan berkenaan dan kemudian seorang anak kecil sedang menangis sambil cuba menghisap susu ibunya.

Monu kemudiannya menghubungi polis.

“Apabila saya menghampiri mereka, sangat menyedihkan melihat kanak-kanak itu yang cuba bersungguh-sungguh untuk menghisap susu.

“Ia menyebabkan kami yang ada di situ menitis air mata,” katanya.

Sementara itu, mayat wanita berkenaan telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan kemungkinan dia meninggal dunia akibat kemalangan kerana darah mengalir melalui hidung dan telinganya.

Manakala kanak-kanak itu telah dihantar untuk pemeriksaan di hospital dan pada masa sama jabatan kebajikan juga telah dimaklumkan mengenai kejadian memilukan itu. - Suara.TV

loading...