Selasa, 2 Mei 2017

Anak Pukul Ibu Menggunakan Tombak Hingga Mati.

Lokasi rumah mangsa
Seorang wanita yang di kenali sebagai Teh Jari, 57 tahun ditemui maut di rumahnya di Kampung Linau, Kota Belud, jam 10.40 malam tadi dipercayai di pukul oleh anak lelakinya menggunakan tombak, lapor harian metro.

Mangsa yang bekerja sebagai petani itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah diruang tamu rumah mereka oleh seorang lagi anaknya sebelum dikejarkan ke hospital Belud dan meninggal dunia pada pukul 4.40 pagi tadi.

Dimaklumkan sebelum kejadian seorang lagi anak mangsa yang tinggal bersebelahan rumah mendengar jeritan meminta tolong dari ibunya.

Beliau pun bergegas ke rumah dan melihat adiknya sedang melarikan diri dari rumah itu.

Sejurus itu beliau menemui ibunya terbaring dengan belumuran darah.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kota Belud dengan bantuan penduduk kampung sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di hospital berkenaan akibat parah di bahagian tangan, dada dan muka.

Selepas itu, laporan polis dibuat dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud berjaya memberkas suspek terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Mangsa dipercayai telah dipukul menggunakan tombak sebelum disahkan meninggal dunia akibat parah di bahagian tangan, dada dan muka.

“Suspek yang berusia 28 tahun merupakan bekas pesakit mental dan pernah dirawat di Hospital Mesra, Bukit Padang, Luyang, Kota Kinabalu,” katanya.
loading...