Sabtu, 6 Mei 2017

Awan Berbentuk Mata Menyeramkan

Agak menyeramkan juga apabila melihat gambar mata dalam kepulan awan di langit, yang dirakamkan oleh Graham Telford, di Leeds, Yorkshire.

Apabila gambar berkenaan diviralkan, ramai yang memberikan pandangan terhadap awan yang berbentuk seperti mata itu.

Gambar itu dirakamkan Graham ketika dia berada di taman bersama rakan-rakannya dan mereka merakamkan gambar pemandangan dengan menggunakan telefon iPhone.

“Saya tak pernah tengok gambar seperti ini, seolah-olah seperti anda diperhatikan,” katanya.
loading...