Isnin, 22 Mei 2017

Awas!!! Sakit Perut Dan Sembelit Tanda Awal Penyakit Berbahaya.

Siapa dapat menjangka gadis cantik ini menghidap penyakit yang berbahaya pada usianya yang baru mencecah 22 tahun.

Gadis tersebut yang dikenali sebagai Christine Ching telah menceritakan pengalaman ngerinya di laman media sosial mengenai penyakit yang dihidapi olehnya.

Semuanya adalah berpunca daripada sikapnya sendiri yang tidak begitu ambil kisah tentang dirinya sendiri sehinggalah dia disahkan menghidap penyakit berbahaya kira-kira dua tahun lepas.

“Sakit yang dialaminya di perut dan punggungnya hanya di biarkan sehingga bertahun kerana takut untuk melakukan check up” tulis Christine pada perkongsiannya di laman sosial pada pertengahan bulan Mei yang lalu..

Sehinggalah kemudian perutnya mula membengkak dan selalu berasa sakit. Rakan dan keluarga mendesak dia untuk melakukan pemeriksaan yang akhirnya dia lakukan juga.

Dia bertemu dengan seorang pakar serta diminta ke OB-gyne setelah melihat keadaan perutnya yang membengkak.

Setelah memeriksa Christine, doktor tersebut mendapati terdapat ‘benjolan’ tumor berukuran  19cm di perutnya dan dia perlu menjalani pembedahan dengan sesegera mungkin.

Doktor juga telah memberitahu bahawa ada kemungkinan 50 peratus tumor tersebut bertindak agresif.

“Segalanya berubah sekelip mata dan saya terpaksa berhenti kerja untuk memfokuskan pada kesihatan saya,” kata Christine.

“Saya perlu untuk melakukan pembedahan membuang tumor tersebut kerana doktor sudah mengesahkan sendiri bahawa tumor tersebut semakin lama semakin merebak ke kawasan lain kerana sudah terlalu lama bertapak di dalam tubuh badannya,” tambahnya.

Ovari kiri, tiub fallopio, beberapa kelenjar, omentum semuanya harus dikeluarkan dari tubuhnya.

Namun semua usaha tersebut tidak berhasil, tumor yang pada awalnya jinak telah menjadi ganas hingga menjadi kanser yang agresif kerana di abaikan, Christine di sahkan menderita kanser ovari pada usia 22 tahun.

Christine harus menjalani 4 kitaran kemoterapi, yang tidak mudah dan kosnya juga mahal dengan rasa sakit yang luar biasa dari rawatan tersebut.

Hari ini saya berharap cerita saya akan sampai pada wanita lainnya. Jangan malas untuk membuat pemeriksaan jika sesuatu mengganggu kesihatan anda dan semoga anda semua dijauhi dari pengalaman yang membahayakan nyawa seperti saya”

“Sangat penting bagi wanita untuk membuat general check up setidaknya setiap 6 bulan sekali”

“Jangan mencontohi saya yang tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan tubuh saya, tetapi saya terus berfikir bahawa saya OK dan sihat, sehingga saya tidak langsung membuat check up.

Wanita sayangilah badan anda serta selalulah berjumpa doktor kerana kekayaan yang paling berharga bagi setiap orang adalah memiliki kesihatan yang baik, katanya sebagai penutup bicara.
loading...