Selasa, 9 Mei 2017

Ayah Rogol Anak Perempuan Berusia 8 Tahun Ditahan.

SEORANG tukang potong rumput berusia 53 tahun ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan kes sumbang mahram terhadap anak perempuannya berusia lapan tahun di kediaman di Taman Desa Permai di sini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Nor Hashim Mohamed, lelaki berkenaan ditahan  susulan laporan polis oleh anak lelaki suspek berusia 13 tahun berkaitan kejadian dipercayai berlaku pada 4 Mei lalu.

Beliau berkata, anak lelaki suspek membuat laporan pada jam 4.18 petang pada 7 Mei selepas adiknya yang juga murid darjah dua mengadu mengalami kesakitan di kemaluan.

Menurutnya, lelaki berkenaan ditahan dalam tempoh kurang setengah jam selepas laporan diterima dan perintah reman terhadapnya diperoleh mulai 8 hingga 14 Mei depan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

"Suspek adalah bekas banduan yang pernah menjalani hukuman penjara selama empat bulan sebelum ini atas kesalahan mencabul anak perempuan sulung pada tahun lalu.

"Suspek tinggal bersama enam anaknya manakala isterinya tinggal berasingan kerana masalah rumah tangga sejak setahun lalu.

"Kini anak bongsu suspek mendapatkan perlindungan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri, hari ini.-Harian Metro
loading...