Selasa, 2 Mei 2017

Bantal Paling Mahal Di Dunia

Amsterdam – Seorang ahli perniagaan yang juga saintis memperkenalkan satu bantal canggih yang dianggap paling mahal di dunia lengkap dengan kain emas 24 karat dan berlian.

Bantal mewah yang dinamakan Tailormade Pillow Gold Edition itu dijual pada harga AS$56,995 (RM247,426), lebih mahal daripada harga kereta biasa.

Ia menggunakan teras busa memori yang dipotong oleh mesin robotik, kain sutera Mulberry, kapas Mesir dan diliputi kain emas 24 karat.

Bantal itu juga dihiasi dengan empat berlian dan zip daripada permata sapphire 22.5 karat.

Pakar leher dan terapi fizikal, Thijs van der Hilst mereka bentuk bantal berkenaan menggunakan satu algoritma yang diciptanya 15 tahun lalu.
loading...