Rabu, 10 Mei 2017

Bapa Ajar Anak Degil, Duduk Di Sebelah Dalam Kelas

Gara-gara anaknya suka bermain-main di dalam kelas, seorang ayah mempunyai cara untuk memastikan anaknya itu mendengar kata guru iaitu dengan duduk di sebelah anaknya dalam kelas.

Bradley Howard berbuat demikian selepas guru fizik anaknya beberapa kali mengadu mengenai perangai anaknya, Brad yang berusia 17 tahun.

Dia kemudiannya memberi kata dua kepada anaknya bahawa dia akan ke sekolah anaknya itu di Sekolah Tinggi Rockwall-Heath sekiranya Brad masih enggan berubah.

Malangnya Brad enggan berubah, lalu Bradley tiada pilihan selain terpaksa ke sekolah.

“Saya duduk di sebelah kerusinya apabila dia masuk. Pada mulanya dia tidak nampak saya, kemudian dia terkejut.

“Saya juga agak gementar kerana duduk di kalangan remaja. Mental saya juga tidak bersedia dalam keadaan seperti ini,” kata Bradley.

Gambar mengenai Bradley yang duduk di sebelah anaknya itu telah dimuatnaik oleh salah seorang anak perempuannya, Molli di dalam Twitter.-Suara.TV
loading...