Khamis, 4 Mei 2017

Bapa Tanam Mayat Anak Seperti Bangkai Haiwan Selepas Pukul Sehingga Maut.

Pulau borneo: Sedih sehingga tidak dapat di ungkapkan dengan kata-kata, dibunuh dengan cara menyedihkan dan kejam sebelum dikebumikan seperti tanam bangkai haiwan, itulah yang di alami oleh seorang kanak-kanak bernama Navita 3 tahun yang dibunuh oleh ayah tirinya, lebih memilukan pembunuhan itu turut dilakukan oleh ibu kandung mangsa sendiri.

Peristiwa memilukan ini berlaku pada hari Sabtu yang lepas di Pulau Borneo kalimantan Bontang. Fardi yang merupakan suspek utama hendak ke Kutai Barat bersama isteri Reni Anita 20 tahun dan anak tirinya Navita dengan menaiki lori.

Ketika dalam perjalanan balik, suspek telah memberhentikan lori ditengah jalan untuk berehat sebentar sementara anak tiri yang tidur di atas perutnya telah membuang air besar sehingga terkena perut suspek.

Suspek kemudian telah menyuruh isteri untuk membersihkan najis yang berada di perutnya, namun wanita berkenaan enggan memberi kerja sama.

Geram dengan kejadian itu, suspek telah menumbuk kepala Navita sebanyak 3 kali sehingga mengakibatkan kanak-kanak tersebut pengsan.

Tidak cukup dengan itu mangsa juga di baling ke dinding lori sehingga melambung ke atas sebelum di serahkan semula kepada ibunya.

Melihat anak mereka yang tidak sedarkan diri, pasangan itu cuba membangunkannya dengan menyiram air dan memberi minyak kayu putih akan tetapi usaha itu gagal.

Mereka yang meneruskan perjalanan sampai ke pagi telah mendapati anak mereka sudah tidak bernyawa.

Pasangan berkenaan terus membeli kain kapan serta cangkul, jenazah kanak-kanak malang itu dibungkus dengan cara ala kadar dan dikebumikan di tengah hutan seperti mananam bangkai haiwan.

Selepas sampai dikampung mereka di Bontang, pasangan berkenaan telah memberitahu kepada penduduk kampung bahawa anak mereka telah meninggal dunia akibat dilanggar lari.

Salah seorang penduduk yang tidak sedap hati kerana menemui beberapa kejanggalan telah melaporkan pasangan itu kepada pihak polis Bontang.

Polis bontang yang terus membuat siasatan berjaya merungkai pembunuhan menyedihkan tersebut bermula dari pengakuan isteri suspek.

Dari laporan yang diterima, pihak polis telah membuat galian di  kubur tidak bertanda itu dan mendapati keadaan jenazah Navita penuh dengan luka lebam bermula dari kaki sehinggalah ke mukanya yang penuh dengan luka lebam dan menyebabkan matanya bengkak.

Bukan itu sahaja, tangan kanan Navita juga patah malah mulutnya juga mengeluarkan darah bercampur cecair seperti nanah. Sementara di tangan, badan serta kedua lututnya mengalami bengkak dan lebam yang semakin membiru.

Ibu mangsa yang melihat jenazah anaknya hanya terdiam dan tidak mampu berbuat apa-apa. Nita memberikan alasan bahawa dirinya terlalu takut kerana diugut oleh suaminya dan diminta menceritakan kepada jiran tetangga apa yang dikatakan oleh Ardi bahawa kononnya anak mereka meninggal dunia akibat di langgar lari.

Suspek (ayah tiri) yang ditahan tidak menunjukkan sedikit pun rasa sedih dan menyesal, ketika di siasat suspek mengaku tidak berniat untuk membunuh anak tirinya itu.

Akan tetapi rasa dendam terhadap mangsa membuat dia hilang pertimbangan, katanya lagi bahawa isterinya itu kerap melawan kerana anaknya, selain daripada itu Ardi juga mengatakan bahawa sewaktu dia kecil dahulu dia selalu di pukul oleh ayahnya.

Rasa dendam dan kisah hitam masa kecilnya membuatkan dia tidak dapat mengawal perasaan sehingga anak tirinya yang menjadi mangsa keadaan.

Diceritakan oleh Ardi sendiri, semasa sedang tidur di dalam lori untuk berehat sebentar sebelum kejadian membunuh anak tirinya itu, dia sempat bermimpi melihat Navita yang melambaikan tangan dan berkata bye-bye ayah.
loading...