Rabu, 3 Mei 2017

Bayar Gaji Kami Dulu. Sebelum Beli Pemain Baru.

Kota Bharu: Keluhan bekas pertahanan import Kelantan Jonathan McKain menerusi laman sosial Twitter miliknya kelmarin, mendapat respon pantas daripada Persekutuan Pemain Bolasepak Profesional Antarabangsa (FIFPro) apabila badan induk antarabangsa itu turut membidas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin, badan induk yang mewakili pemain profesional dunia itu mempersoalkan tindakan FAM yang membenarkan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengambil pemain import baru biarpun masih belum menyelesaikan masalah tunggakan gaji ke atas pemain mereka.

Pertanyaan ringkas FIFPro itu jelas menggambarkan mereka serius terhadap masalah (tunggakan gaji) dan jika tidak ditangani segera, pasti ada tindakan yang bakal menanti FAM dan KAFA.

Malah, wakil FIFPro di Malaysia, Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) menerusi satu kenyataan di laman sosial mereka turut mengkritik tindakan KAFA mengambil kakitangan dan pemain import baru tanpa menyelesaikan masalah tunggakan gaji bekas pemain.
loading...