Jumaat, 5 Mei 2017

Bayi Berusia 5 Bulan Maut Terkena Jangkitan Penyu

Hull – Seorang bayi berusia lima bulan maut selepas terkena jangkitan kuman salmonela yang dipercayai berpunca daripada penyu milik rakan keluarganya, kata koroner, Prof. Paul Marks.

Lindsey Wilson, 37, dan Tim Lees, 34, menemui bayi malang itu, Tyler Wilson dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas katil bayi dan cuba memberikan bantuan pernafasan, namun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Keluarga tersebut mengalami trauma selama dua tahun selepas pihak polis mendakwa suami isteri berkenaan mengabaikan bayi mereka.

Bagaimanapun, Lindsey dan Tim dapat menarik nafas lega selepas koroner mengesahkan mereka tidak bersalah.

Pakar penyakit berjangkit bagi kanak-kanak, Prof. Nigel Klein berkata, mustahil bagi pihak perubatan untuk mengetahui punca jangkitan bagi kes tersebut walaupun terdapat kemungkinan seperti yang didakwa.

Kemudian, Marks menyampaikan takziah kepada pasangan tersebut dan menyifatkan kedua-duanya telah melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa anak mereka.

“Anda berdua tidak perlu menyalahkan diri sendiri,” katanya. – Mail Online
loading...