Ahad, 7 Mei 2017

Bunuh Dan Sumbat Mayat Kekasih Dalam Guni

Demak: Hanya kerana kekasih enggan berkahwin selepas mengandung luar nikah, seorang lelaki Umar Sodiq 25 tahun sanggup membunuh kekasihnya sendiri Ayu Kurniandani 19 tahun dengan cara mencekik mangsa sebelum mayatnya di sumbat ke dalam guni dan dibuang ke sungai kampung Jepara,demak utara jawa.

Dimaklumkan bahawa kedua-dua pasangan ini telah menjalin hubungan cinta selama lima bulan dan sepanjang hubungan mereka sempat beberapa kali melakukan hubungan intim.

Ketika hari kejadian pada minggu lalu, mangsa memberitahu suspek bahawa dirinya telah pun hamil. oleh itu kedua-dua pasangan itu membuat satu temu janji untuk membincangkan perkara tersebut.

Menurut suspek yang ditahan semalam, dia telah pun mengaku bahawa mereka sempat melakukan hubungan intim sebelum membunuh mangsa dengan cara mencekik mangsa dan tidak cukup dengan itu mangsa kemudian dijerut menggunakan tudung sehingga meninggal dunia.

Oleh kerana takut akan perbuatan jahatnya diketahui oleh orang lain, suspek kemudian bertindak membungkus mangsa dengan menggunakan guni dan membuang mayatnya ke sungai.

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, mayat gadis berusia 19 tahun berkenaan ditemui oleh nelayan di sungai wulan dea bungo minggu lalu.

Bagaimanapun menurut pengakuan suspek, kekasihnya itu kerap merengek meminta agar kandungannya itu di gugurkan.

“Dia selalu meminta kandungannya itu di gugurkan padahal saya bersedia bertanggungjawab dan berkahwin tetapi dia tidak mahu kerana masih belajar, saya sangat kesal,"katanya.

Kes tersebut dapat dirungkai bermula dari pengakuan M Sihabusin yang mengatakan bahawa suspek dilihat meminta guni kepada jiran tetangganya, dari maklumat yang diperolehi tersebut pihak polis terus menjalankan siasatan sehinggalah suspek berjaya di tahan di luar kota demak Semalam.
loading...