Rabu, 24 Mei 2017

Cerita Sebenar Kes Bayi Berdarah Di Hidung, Ibu Tampil Memberi Penjelasan

Ibu kanak-kanak yang tular di media sosial tampil memberi penjelasan isu di tuduh terdesak untuk mendapatkan bantun di media sosial,

Menurut laporanm mStar Online, pengguna media sosial menuduh ibu kanak-kanak tersebut terdesak untuk mendapatkan bantuan dengan meraih simpati orang ramai meletakkan bahan pewarna pada bayinya untuk kelihatan seperti mengalami pendarahan teruk.

Itu dakwaan yang dilemparkan terhadap seorang pemilik laman sosial Facebook, Nurin Diana selepas memuat naik sebuah status bersama gambar dan video anaknya yang mengalami pendarahan.

Perkara itu menjadi tular di laman sosial selepas gambar dan videonya itu dimuatnaik ke laman sosialnya dan mendapat lebih 17,000 perkongsian setakat ini.

Ia mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang kebanyakannya bersimpati dengan nasib bayi itu.

Tidak kurang juga mendakwa wanita berkenaan sengaja meletakkan bahan pewarna pada wajah anaknya bertujuan untuk meraih simpati dan mendapatkan bantuan secara mudah.

Terkini, wanita berkenaan dilihat telah memuat naik laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kota Tinggi, Johor lantaran tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Wartawan cuba mendapatkan kenyataan dari Ketua Polis Daerah Kota Tinggi berhubung perkara ini, Rabu. – mStar Online



loading...