Sabtu, 13 Mei 2017

Cinta Tidak Direstui, Gadis Bertarung Nyawa Selepas Ditembak Bapa

Seorang gadis kini bertarung nyawa selepas ditembak di muka dan dada oleh bapa dan abangnya selepas dia mencintai seorang lelaki yang menetap di kampung yang sama di Uttar Pradesh, India.

Ruby, 18, yang berasal dari sebuah kampung kecil, Sambhal, telah menjalinkan hubungan secara rahsia dengan Ibrahim, 24, sejak tiga tahun lepas namun semuanya terbongkar selepas adiknya terdengar perbualan telefon antara Ruby dengan kekasihnya lalu memaklumkan kepada keluarganya.

Selang beberapa minit, abangnya, Iftikhar, 32, dan bapa mereka, Sameraj, 52, telah bersemula dengan Ruby dan memukulnya sebelum mereka menembak dua kali ke arahnya, satu terkena di muka dan satu tembakan lagi terkena di bahagian dada.

Jiran-jiran yang mendengar bunyi jeritan telah menghubungi polis dan setibanya polis di tempat kejadian, kira-kira pukul 4 pagi, mereka terkejut mendapati Ruby terbaring di luar rumahnya.

Keluarganya membiarkan sahaja dia dalam kesakitan dan mereka langsung tidak membantu. Dia dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal.

Manakala abang dan bapanya telah ditangkap.-Suara.TV


loading...