Selasa, 9 Mei 2017

Dera Serta Membiarkan Anak Mati Kelaparan, Bapa Dipenjara Seumur Hidup.

Kansas (Amerika Syarikat), Seorang lelaki dipenjara seumur hidup kerana membunuh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun  selepas didera dengan teruk, malah dipercayai dibiarkan mati kelaparan sebelum sisa mayatnya ditemui di kandang babi milik keluarga itu.

Michael Jones, 46 tahun dari Kansas City mengaku salah atas kesalahan bunuh tahap pertama pada Mac lalu atas kematian anaknya, Adrian pada dua tahun lepas.

Ibu tiri Adrian, Heather Jones, 31 tahun mengaku salah atas tuduhan sama pada November lalu dan sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Ketika prosiding terhadapnya sebelum ini, Heather mendakwa dia turut menjadi mangsa suaminya tetapi pendakwa membuktikan dia juga turut mendera mangsa.

Adrian meninggal dunia sekitar September atau Oktober dua tahun lalu, tetapi kematiannya tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Sisa mayatnya ditemui pada November selepas polis mendapat tahu mengenai kehilangannya ketika menyiasat kes dera Jones terhadap isterinya.

Pendakwa Daerah Wyandotte, Jerry Gorman ketika itu berkata, ia antara kes paling buruk pernah dilihatnya.

Ibu kandung Adrian hilang hak penjagaannya dan dua adiknya beberapa tahun lalu. Neneknya Judy Conway memberitahu media gambar dan video penderaan mangsa begitu menjijikkan sehingga menyebabkannya muntah.

"Cucu saya sangat baik dan comel. Apa yang mereka lakukan terlalu kejam,"katanya.-harianmetro
Gambar mangsa ketika didera
loading...