Rabu, 3 Mei 2017

Diceraikan Suami Kerana Isteri Sibuk Ambil Gambar Makanan

AMMAN – Disebabkan menangkap gambar makanan, seorang lelaki bertindak menceraikan isterinya di sebuah restoran di barat bandar raya ini.

Agensi melaporkan, wanita itu mencetuskan kemarahan suaminya setelah memaksa dia berhenti makan untuk membolehkan dia merakam gambar makanan itu dan menghantar gambar berkenaan kepada rakannya menerusi Snapchat,lapor Metro.

Menurut laporan media tempatan, lelaki itu membawa isterinya makan malam di sebuah restoran mewah Sabtu kelmarin.

Kerana terlalu ramai pelanggan, mereka terpaksa menunggu setengah jam untuk makanan tiba, menyebabkan si suami terlalu lapar.

Bagaimanapun, apabila hendak menyentuh makanan itu, isterinya meminta dia bersabar sementara dia merakam gambar makanan berkenaan.

Keadaan menjadi tegang apabila lelaki itu menghalang isterinya berbuat demikian.

Si suami meninggikan suara diikuti dengan lafaz talak sebelum meninggalkan restoran itu tanpa membayar harga makanan itu.
loading...