Selasa, 2 Mei 2017

Elak Saman, Lukis Petak Parkir Guna Kapur

BEIJING – Seorang pemandu di timur China ini muncul dengan satu idea yang dianggap dapat menyelesaikan permasalahan itu.

Menurut Qianjiang Evening News, Seorang lelaki di Jinhua, wilayah Zhejian melukis sendiri garisan petak tersebut dengan menggunakan kapur untuk meletak kenderaannya, lapor Metro.

Polis trafik menyedari garisan pelik itu ketika membuat rondaan dan membuat perbandingan dengan garisan meletak kenderaan yang betul.

Hasilnya mereka mendapati garisan menggunakan kapur itu lebih halus dan tidak lengkap.

Rakaman kamera pengawasan yang diperoleh polis menunjukkan sebuah van barang diparkir di tepi jalan.

Seorang lelaki berbaju oren kemudian dilihat keluar dari kenderaan itu sebelum melukis sesuatu di atas jalan.

Menurut polis, van itu diparkir di situ selama empat hari. Dia kemungkinan berdepan denda antara 500 hingga 5,000 yuan (RM320 hingga RM3,200).
loading...