Selasa, 23 Mei 2017

Empat Warganegara Malaysia dicekup Ketika Sedang Asyik Berpesta Seks Kaum Gay.

Apalah nak jadi dengan manusia ini, benda yang memang dah sah-sah salah itulah yang dia orang gila-gila nak buat.

Walaupun tahu hubungan sejenis itu banyak keburukannya tapi disebabkan oleh nafsu songsang itu sanggup dia orang ketepikan segala aspek negatif itu.

Baru-baru ini terdapat sekurang-kurangnya 144 orang lelaki ditahan ketika sedang asyik meraikan pesta seks kaum gay di Kelapa Gading Jakarta Indonesia.

Kesemua yang terlibat telah ditahan dan dibawa ke balai polis Polrestro Jakarta Utara di Jalan Yos Sudarso, Jakarta Utara.

Mengikut sumber yang diterima,  empat daripada tahanan tersebut merupakan warganegara Malaysia dan Singapura, polis mendakwa mereka adalah kaum gay antarabangsa yang berhubung di serata dunia.

Malah terdapat ramai pelajar universiti yang berusia antara 20 tahun terlibat dalam aktiviti yang tidak bermoral ini yang lebih rela mengikut nafsu dengan menjalin hubungan sesama jenis itu, kebanyakan mereka dijadikan sebagai penari tiang yang bergaji kira-kira Rm 600 dalam satu malam.

Bangunan berkenaan di mana mereka melakukan pesta tersebut terdiri daripada tiga tingkat, tingkat satu digunakan sebagai tempat gym bogel, dan tingkat dua merupakan tempat penari telanjang berjumlah empat orang.

Sementara tingkat 3 merupakan tempat spa para homoseksual tersebut berendam dan melakukan perbuatan homoseksual,” kata Nasriadi.
loading...