Jumaat, 5 Mei 2017

Gadis Buta 5 Hari Kerana Kanta Sentuh

Seorang gadis Indonesia berkongsi pengalaman pahitnya menjadi buta selama lima hari.

Menurut Intan XiuZhee menerusi Facebooknya (FB), dia amat terkejut apabila sebaik sahaja terjaga dari tidur pada tengah malam, matanya tidak dapat dibuka dan hanya kelihatan seperti bayangan putih, lapor AstroGempak.

Intan yang cemas dengan keadaan tersebut kemudian menitiskan cecair mata dan terus tidur kembali dengan harapan matanya akan pulih pada keesokan harinya.

Namun, penglihatannya tidak seperti biasa pada keesokan hari. Matanya tidak dapat melihat dan mula mengeluarkan cecair.

Dia juga terpaksa menyusukan anaknya dalam keadaan buta dan setelah meminta bantuan daripada kakaknya, mereka merawat matanya dengan cara tradisional iaitu menggunakan air sirih.

Setelah beberapa jam menggunakan rawatan secara tradisional itu, Intan masih lagi tidak boleh melihat dan dia terus ke hospital untuk merawat matanya.

Setiba di hospital, doktor mengesahkan bahawa kornea matanya telah luka kerana penggunaan kanta sentuh atau ’contect lens’.

Menurut doktor yang merawat Intan, matanya akan menjadi buta sekiranya dia terlambat untuk ke hospital.

”Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana Allah masih beri saya kesempatan untuk melihat.

”5 hari menjalani kehidupan tanpa melihat adalah satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan. Saya juga harus bergantung pada orang lain untuk melakukan aktiviti seharian dan peristiwa ini akan saya ingat sampai bila-bila,” katanya yang serik untuk menggunakan kanta sentuh.

Perkongsian Intan di FB itu mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku.

Selain itu, Intan juga turut berpesan kepada pengguna laman sosial agar bijak memilih barangan kosmetik sebelum menggunakannya.-Suara.TV
loading...