Khamis, 18 Mei 2017

Geng Baju Merah Mahu David Teo Mohon Maaf Secara Terbuka

Sekumpulan lelaki yang biasa bersama dengan Dato Seri Jamal dalam Geng Baju Merah telah beri amaran terhadap David Teo agar memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia atas dakwaan bersikap kurang ajar pada majlis yang dihadiri oleh perdana menteri, semalam.

Jika Teo gagal berbuat demikian dalam masa tiga hari,  kumpulan itu akan menggerakkan protes terhadap David Teo.

Menurut  laporan Malaysia Kini kumpulan itu berkata meraka mahu David Teo memohon maaf secara rasmi kepada semua rakyat Malaysia dan buat secara langsung, ketika bertemu media di luar pejabat David Teo, sebentar tadi.

Tuntutan itu dibuat walaupun Teo telah memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, malam tadi.

Menurut kumpulan itu permohonan maaf David Teo malam tadi tidak ikhlas, sekadar di bibir saja.

Beliau seterusnya mengucapkan tahniah kepada pelawak Sulaiman Yassin yang juga dikenali sebagai Mat Over kerana menampar dan menghentikan ucapan David Teo dengan mengambil tindakan segera.’’- Sumber: Malaysia Kini

Gambar Malaysia Kini
loading...