Khamis, 11 Mei 2017

Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan Meninggal Akibat Kecuaian Hospital

Manado: Seorang wanita yang dikenali sebagai Hesty meninggal dunia di hospital Kandou Manado dipercayai akibat kurang perhatian dan layanan hospital berkenan, tidak hanya wanita itu bayi dalam kandungannya juga turut meninggal dunia.

Desti Kaliboto 28 suami mangsa memaklumkan, isterinya dibawa ke hospital itu untuk mengikuti proses persalinan sejak 8 april lalu.

Akan tetapi sejak berada di bilik hospital berkenan pihaknya sangat menyesal kerana pihak kakitangan hospital itu tidak memuaskan walaupun kandungan isterinya sudah memasuki 9 bulan.

Sehingga semalam pihak hospital memaklumkan mereka akan membuat pembedahan, tapi sayang janji doktor hanya cakap-cakap kosong saja mereka tidak melakukan apa-apa tindakan terhadap pesakit.

“Doktor telah memberitahu bahawa isteri saya harus dibedah secepatnya, tapi pelik jadual pembedahan di batalkan dan mereka tidak mahu memberitahu kenapa pembedahan di batalkan, pada hal isteri saya sudah semakin teruk. saya juga sempat mengatakan jangan risau tentang duit kepada mereka” katanya.

Bagaimanapun semalam. harapan satu keluarga itu musnah apabila isteri dan anaknya dimaklumkan meninggal, hanya tangisan keluarga yang di dengar

Sejurus itu berlaku sedikit kekecohan antara suami mangsa dan pihak hospital, bagaimana pun hingga kini pihak hospital masih enggan memberikan keterangan lanjut mengenai kes tersebut.

Selain itu, hari ini rakan Universitas mangsa dan beberapa media tempatan dilihat hadir ke hospital untuk mendapatkan keterangan rasmi dari pihak hospital yang didakwa mengakibatkan kematian atas kelalaian yang berunsur kesengajaan.
loading...