Khamis, 25 Mei 2017

Ibu Dan Teman Lelaki, Dera Budak 4 Tahun Hingga Berlaku Pendarahan Di Kemaluan.

Seorang ibu seharusnya menjadi pelindung kepada anak, yang akan menjaga anaknya itu seprti nyawanya sendiri.

Selepas bersusah payah mengandung serta melahirkan pasti tergamak seorang ibu untuk mendera anaknya itu sendiri.

Tetapi lain pula dalam kisah kanak-kanak berusia 4 tahun ini yang cedera di dahi dan lebam di seluruh badan termasuk kemaluannya, dipercayai didera oleh ibu kandung dan teman lelakinya.

Menurut Dhia Syeeraz yang memuat naik gambar dan pendedahan itu berkata, mangsa didera oleh ibu dan teman lelakinya yang dipercayai dilakukan dibawah pengaruh dadah.

Mangsa cedera dan lebam di seluruh badan sehingga menerima belasan jahitan di bahagian dahi, pendarahan di kemaluan dan disyaki terkena jangkitan kuman di hati.

Bapa mangsa yang terkejut melihat keadaan anaknya itu, telah membuat laporan polis semasa di hospital. Namun laporannya telah ditolak dengan alasan kes ini tidak terlalu serius dan akan memakan masa yang panjang jika kes ini di bawa ke muka pengadilan.

Justeru, Dhia meminta orang ramai membantu mengesan dua suspek terbabit agar dapat dihadap ke muka pengadilan.

Difahamkan mangsa kini masih berada di hospital untuk menerima rawatan susulan.
loading...