Jumaat, 5 Mei 2017

Ibu Update Status Di Facebook Selepas Bunuh Anak Bersama Suami.

Bontang: Seorang wanita bernama Nita 20 tahun yang terlibat dalam pembunuhan anak kandung sendiri Navita 3 tahun sempat memuat naik status di Facebook untuk mengaburi pandangan ramai selepas beliau dan suaminya membunuh kanak-kanak malang berkenaan.

Dalam status tersebut ibu mangsa berkenaan menyatakan kerinduannya pada mangsa yang pada mulanya beliau mengatakan bahawa anaknya itu meninggal dunia akibat langgar lari.

Bagaimanapun pembunuhan kejam itu terbongkar selepas salah seorang penduduk kampung mendapati terdapat sesuatu yang mencurigakan mengenai kedua pasangan berkenaan.

Peristiwa memilukan ini berlaku pada hari Sabtu yang lalu di Pulau Borneo kalimantan Bontang. Fardi yang merupakan bapa tiri kepada mangsa mengatakan dia hendak ke Kutai Barat bersama isterinya Reni Anita 20 tahun serta anak tirinya Navita dengan menaiki lori.

Ketika dalam perjalanan balik, suspek telah menghentikan lori ditengah jalan untuk berehat seketika. mangsa yang tidur di atas perutnya kemudian telah membuang air besar sehingga terkena perut suspek.

Suspek kemudian menyuruh isteri untuk membersihkan najis yang berada di perutnya, namun wanita berusia 20 itu enggan memberikan kerja sama.

Geram dengan kejadian itu, suspek menumbuk kepala Navita sebanyak 3 kali sehingga pengsan.
Tidak cukup dengan itu mangsa juga di baling ke dinding lori sehingga melambung ke atas sebelum di serahkan semula kepada ibunya.

Melihat anak mereka tidak sedarkan diri, pasangan itu cuba membangunkannya dengan menyiram air dan memberi minyak kayu putih akan tetapi usaha itu gagal.

Mereka yang meneruskan perjalanan sampai ke pagi mendapati anak mereka sudah tidak bernyawa.
Pasangan berkenaan terus membeli kain kapan dan cangkul, jenazah kanak-kanak malang tersebut dibungkus dengan cara ala kadar dan dikebumikan di tengah hutan seperti menanam bangkai haiwan.

Selepas sampai dikampung mereka di Bontang, pasangan berkenaan memberitahu kepada penduduk kampung bahawa anak mereka telah meninggal dunia akibat dilanggar lari.
loading...