Isnin, 1 Mei 2017

Isteri Mengidam Kain Pelekat Busuk Suami.

Saya nak share pengalaman berdepan isteri saya yang pregnant sekarang ini. saya pernah dengar kakak-kakak saya dan kawan-kawan saya ini selalu mengidam buah mangga serta makanan, tapi isteri saya tak mengidam semua itu. Isteri saya mengidam KAIN PELEKAT saya.

Kalau kain pelekat yang dah basuh lagi saya boleh la terima, ini kain pelekat yang saya dah pakai itu yang wife saya nak.

Ada sekali itu saya termasuk washing machine sebab nak tolong wife basuh baju, lepas itu dia nangis cakap kenapa basuh sebab dia nak.

Sebenarnya kain saya itu tak wangi pun, kalau korang pakai kain semalaman kalau korang cium korang tahu kan bau  macam mana? haha…

Jadi masa pergi klinik nak checkup  saya tanyalah doctor pasal wife saya ini, sebab takut juga wife mengidam macam ini.

Doctor cakap….
“Awak bertuah sebab isteri mengidam nak bau kain, kalau mengidam minta pergi New Zealand macam mana?”

Tergelak dan angguk-angguk saya dekat situ, sambil-sambil itu wife pun cakap ye ye ye…

“Kehamilan memang macam itu, kadang-kadang ibu hamil ini akan buat benda yang dia dan siapa pun tak jangka perubahan hormon serta penerimaan roh baru yang banyak merubah kelakuan dan deria seorang ibu hamil”

Bila dengar semua ini saya memang bersyukur. tetapi itulah, kesian juga dekat wife kain pelekat itu tak wangi pun, dah banyak kali saya cium saya pun tak tahan. haha…

Yang buat terharu juga ini bila wife balut kain pelekat saya dekat bantal peluk dia sebab dia cakap senang nak rasa bau abang dekat sebelah katanya.

Isteri isteri…. comelnya anugerah ALLAH ini.

Walaupun pelik perangai wife aku ini kadang aku terhibur tengok dia..9bulan10hari
loading...