Khamis, 4 Mei 2017

Jijik, Ibu Pemalas Biar Anak Kencing Dalam Cawan

Pengotor. Seorang ibu muda dikecam ramai selepas membiarkan anak lelakinya kencing di dalam bekas minuman di dalam sebuah restoran.

Perbuatan ibu berkenaan dirakamkan di sebuah restoran makanan segera di Krasnodar, Rusia.

Wanita itu sanggup berbuat demikian sedangkan dia boleh membawa anaknya ke tandas berhampiran.

Pelanggan yang bengang dengan insiden itu telah merakamkan gambar terbabit dan memuatnaik dalam media sosial.

“Haiwan pun tidak akan kencing di tempat mereka makan. Apa la yang difikirkan oleh wanita ini ketika dia memutuskan untuk membiarkan anaknya kencing dalam cawan tersebut,” demikian soal netizen.-Suara.TV
loading...