Khamis, 25 Mei 2017

Kereta Peronda Polis Kena Kunci Tayar Tular Di Media Sosial.

Undang-undang perlu di patuhi tak kira siapa yang melakukan kesalahan, itu yang terjadi apabila sebuah kereta peronda polis di kunci tayarnya tersebar dimedia sosial.

Gambar kereta peronda polis yang tayarnya dikapit mengundang sindiran pengguna media sosial.

Foto kenderaan itu, diparkir di depan restoran Salam Noodles, dikongsi lebih 20,800 kali dan digemari lebih 7,600 pengguna Twitter.

Seorang pengguna media sosial itu Shazwan Musk memaklumkan di akaun Twitter polis agar memberi perhatian pada kejadian itu tetapi tidak berjawab.

Gambar itu dimuatkan Alif Hafiz Yusof pada Ahad dengan tulisan “kau fikir kau siapa”, lirik lagu Kalah Dalam Menang nyanyian Mawi dan Syamsul Yusof.

Semakan ProjekMMO di Google Street View menunjukkan lokasi restoran ini di Cyberjaya. – MalayMail
loading...