Isnin, 15 Mei 2017

Konon Diculik Bangla!!! Dihukum Penjara Tiga Bulan

Wanita mendakwa dirinya diculik di Taiping, 3 Mei lalu, didapati bersalah di Mahkamah Majistret, di Batu Gajah, hari ini, dan dihukum penjara tiga bulan atas kesalahannya itu.

Majistret Mohd Fitri Sadaruddin menjatuhi hukuman terhadap Nurfauzilah Ariffin, 39, selepas meneliti fakta kes pendakwaan terhadapnya yang mencipta cerita dan memberi maklumat palsu berhubung penculikan mengenai dirinya.

Wanita yang juga isteri kepada anggota polis itu mengaku bersalah atas perbuatannya itu.

Mengikut kertas pertuduhan, 7.30 pagi, pada 3 Mei lalu, di kuarters polis Perak Tengah, dia didapati memberi maklumat palsu melalui aplikasi WhatsApp dengan menghantar pesanan suara meminta tolong.

Selain itu, menerusi Messenger Facebook pula memberitahu berada dalam tahanan seseorang dalam tulisan bahasa Indonesia.

Pendakwaan dijalankan Nurul Qistini Qamarul Abrar manakala tertuduh diwakili peguam Hannie Soraya Hanafi.

Kes mengenai penculikan wanita yang juga peniaga online itu tular di laman Fb, selepas status mendakwa dia diculik.

Selain itu, laporan polis oleh suaminya dimuat naik pengguna laman berkenaan.

Wanita itu ditahan selepas polis menemuinya sedang bekerja di Taska di Shah Alam, Selangor dalam keadaan selamat, pada 9 Mei lalu.-Harian Metro
loading...