Isnin, 29 Mei 2017

Lelaki Bersenjata Pisau Mengamuk, Dua Maut Dan 18 Cedera.

Sejak kebelakangan ini serangan orang yang mengalami gangguan mental semakin kerap berlaku sehingga ada mengakibatkan kehilangan jiwa serta mencederakan orang awam.

Seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Xinhua di Shanghai, China, seorang lelaki bersenjatakan pisau disyaki pesakit mental telah membunuh dua orang dan mencederakan 18 yang lain.

Jenayah keganasan jarang berlaku di China berbanding negara lain, namun terdapat peningkatan siri serangan pisau dan kapak sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang lebih mensasarkan kanak-kanak.

Seramai 20 orang dibawa ke hospital selepas serangan pada Ahad di wilayah Guizhou manakala dua lagi maut di tempat kejadian.

Bagaimanapun, maklumat terperinci mangsa tidak diketahui.

Penyerang berusia 30 tahun kini ditahan polis dan kes itu sedang disiasat.

Sementara itu, Xinhua memetik bapa suspek sebagai berkata, anaknya mempunyai sejarah penyakit mental.

Pada Januari yang lalu juga kejadian seumpama ini berlaku membabitkan seorang lelaki yang bertindak mencederakan 11 orang kanak-kanak dengan pisau di tadika di wilayah Guangxi manakala 7 kanak-kanak cedera selepas seorang lelaki bersenjata pisau.-Sinar
loading...