Selasa, 16 Mei 2017

Lelaki Bunuh Kekasih Selepas Lamaran Kahwin Ditolak

PALEMBANG – Seorang gadis cantik berhijab, Soniya Priska Pratiwi, 19, maut ditangan kekasih sendiri gara-gara lamaran mengajaknya berkahwin ditolak ibu mangsa.

Soniya yang merupakan pelajar Universiti Bina Dharma pada mulanya dijemput dengan motosikal dari kampus dan dibawa ke rumah kekasihnya yang berada tidak jauh dari rumah mangsa.

Setelah beberapa ketika di rumah lelaki itu, Soniya menghubungi ibunya, Nuryatmi minta dijemput pulang.

Bagaimana pun selepas Nuryatmi tiba bersama saudaranya, Fatimah, berlaku pergaduhan mulut dengan lelaki berkenaan menyebabkan Soniya dipaksa masuk ke bilik kekasihnya.

“Dia kata nak berkahwin dengan Nia, langsung dijawab tidak akan merestui. Kalau mahu melamar datang baik-baik ke rumah,” ujar ibu mangsa, Nuryatmi.

Menurut Nuryatmi, sebaik selesai berkata demikian lelaki berkenaan menjadi marah dan menarik Soniya ke dalam bilik dan membunuhnya.

“Kami langsung memecah pintu bilik, dan mendapati Soniya telah terbaring pengsan bersimbah darah. Kami lihat sendiri pelaku masih menendang tubuh mangsa,” katanya.

Bedah siasat yang dilakukan mengesahkan Soniya maut disebabkan empat luka di bahagian perut.

Lelaki itu, Suryanto alias Kempo yang berjaya ditangkap selepas cuba melarikan diri mengaku perbuatannya.

“Saya tadi khilaf dan emosional kerana tidak direstui. Saya benar-benar menyesal.

“Sudah lama kami pacaran tapi kami tidak direstui,” katanya.-Suara.TV
loading...