Selasa, 2 Mei 2017

Lelaki Warga Indonesia Dipukul Cuba Rogol Wanita OKU

MIRI: Seorang lelaki warga Indonesia berusia 30 tahun patah tulang rusuk dipukul orang awam kerana dipercayai cuba merogol gadis kurang upaya (OKU) di Pujut Tanjung Batu, malam kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintendan Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek kini masih dirawat di Hospital Miri. 

Dalam kejadian jam 10.15 malam, beliau berkata,  ibu mangsa menyedari anak perempuannya berusia 12 tahun tiada di rumah sebelum mendapati anaknya diikat menggunakan tali pinggang keselamatan dalam sebuah kereta di luar rumah mereka.

"Seorang lelaki warga Indonesia didapati turut berada dalam kenderaan sama dan dilihat bertindak menindih badan mangsa," katanya hari ini.

Mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk pemeriksaan. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan. -Berita Harian Online
loading...