Rabu, 3 Mei 2017

Muncul Di Penghias Majalah, Peminat Puji Penampilan Azwan Ali

Penampilan pengacara Azwan Ali sebagai penghias majalah gaya hidup online, Pepatung, dipuji pengikutnya di Instagram (IG).

Portal gaya hidup tersebut telah menampilkan Azwan sebagai 'Wajah Pepatung' isu Mei 2017.

Menariknya, penampilan pengacara kontroversi yang turut dikenali sebagai Diva AA itu kelihatan sangat berbeza daripada sebelum ini.

Menerusi beberapa keping foto yang dimuatnaik Azwan di IGnya, rata-rata pengikut sukakan gaya yang ditampilkan Pepatung.

Malah, ada di antara mereka yang mengatakan Azwan kelihatan semakin kacak dan segar dengan imej sedemikian.

Azwan menerusi isu terbaru Pepatung, turut menyentuh tentang lambakan pengacara yang semakin kurang kualitinya.

Pengacara berusia 51 tahun itu turut diminta mengulas mengenai senario pengacaraan masa kini.

“Kebanyakan pengacara sekarang sampah! Biarkan mereka belajar daripada carutan terpaksa ini.

“Saya perhatikan lambakan bintang yang mengecap populariti mendadak hanya kerana bergelar pengacara. Suka untuk saya mengingatkan bahawa tugas pengacara penuh dengan adab sopan.

“Sejak lima tahun kebelakangan ini, produk yang ditampilkan sebagai pengemudi acara amat mendukacitakan. Bukan saya sahaja yang mengkritik, malah ia turut diakui masyarakat.

“Kebanyakan siaran langsung atau program yang kononnya berprestij cenderung mengutip semua bintang yang tidak memiliki kepakaran untuk menjadi pengacara. Mereka diangkat bersandarkan populariti dan faktor rupa semata-mata.


“Tambah kritikal apabila mereka tidak disediakan skrip. Mereka diberi kebebasan untuk berjenaka dan merapu sehingga menjejaskan kredibiliti sesebuah rancangan atau acara,” katanya kepada Pepatung.-Astro Gempak
loading...