Rabu, 3 Mei 2017

Orlando Bloom Patahkan Hidung Noomi Rapace

Aktres Noomi Rapace mendedahkan aktor Orlando Bloom telah mematahkan hidungnya.

Menurut laporan Aceshowbiz, Bloom dikatakan tidak sengaja mencederakan hidung Rapace ketika menjalani penggambaran filem Unlocked, lapor MD.

“Hidung saya patah. Kejadian itu berlaku ketika sedang melakonkan salah satu adegan berlawan. Siku Orlando Bloom terkena di muka,’ kata Rapace.

Sementara itu, bintang Pirates of Carribean” berkenaan berasa bersalah kerana telah mencederakan lawan lakonnya.

“Dia (Bloom) berkata, ‘Ya Tuhan, saya sangat menyesal, saya memukulnya, saya memukulnya!’ ” dedah Rapace.

Meskipun mengalami keceederaan hidung, namuan Rapace tetap bersikap profesional. Dia meneruskan lakonannya sehingga selesai sebelum mendapatkan rawatan

“Saya dapat mendengar hidung saya retak, saya hanya meletakkan ais di wajah saya dan kru produksi menutupi kecederaan itu dengan solekan sehingga hidung saya kembali nampak lurus,”

“Setelah selesai penggambaran, saya berkata, hidung saya kelihatan sangat buruk. Jadi saya pergi mendapatkan rawatan doktor. Kemudian doktor memberitahu tulang hidung saya patah dan saya sepatutnya perlu segera mendapatkan rawatan tapi sekarang sudah terlambat,” kata wanita berusia 37 tahun itu.

Dalam film tersebut, Rapace melakonkan watak sebagai Alice, agen CIA yang cuba menyelamatkan London dari serangan pengganas biologis. Rapace menghidupkan karakternya sebagai “Jason Bourne versi wanita”.

“Saya suka Jason Bourne dan saya selalu ingin menjadi Jason Bourne versi wanita. Ini adalah filem penuh keganasan, anda dapat merasakan bagaimana rasanya memecahkan lantai,” jelas Rapace.

Manakala Bloom, berperanan sebagai agen MI5 yang bekerja dengan Alice.

Filem Unlocked dijangka bakal ditayangkan pada 1 September.
loading...