Ahad, 7 Mei 2017

Pasangan Berhubungan Intim Di Rumah Mangsa Sebelum Merompak.

Bandung: Aef Hermawan 21 tahun dan kekasihnya Rahayu boleh dikatakan pasangan perompak yang paling berani dan bijak.

Ia dikatakan begitu kerana selepas kedua-duanya berjaya masuk ke rumah mangsa, mereka akan melakukan hubungan intim terlebih dahulu sebelum melarikan sejumlah wang dan emas 7 gram.

Kedua-duanya telah berjaya masuk ke rumah itu dengan cara mencungkil pintu kira-kira jam 3 pagi dan bersembunyi di sebuah bilik kosong di rumah mangsa.

Sementara menunggu pagi mereka pun melakukan hubungan intim seperti pasangan suami isteri.

Menjelang pagi, pemilik rumah Bakri 60 tahun yang merupakan seorang duda keluar dari rumah untuk bekerja.

Ketika itulah kedua orang pasangan berkenaan beraksi menggeledah rumah milik mangsa. selain itu Aef juga mengaku sempat mandi sebelum keluar dari rumah itu.

Duit hasil mencuri tersebut digunakan bersama dengan kekasihnya untuk berjoli sejak Rabu minggu lalu sehingga semalam sebelum kedua-duanya berjaya ditangkap oleh pihak polis yang menjejaki kedua pasangan itu selepas jiran mangsa memaklumkan melihat mereka keluar melalui pintu belakang rumah mangsa pada hari kejadian.
loading...