Khamis, 18 Mei 2017

Pasangan Gay Yang Pernah Viral Ditangkap Basah, Kini Terima Hukuman.

Masih ingat ke anda kepada pasangan gay ini yang video mereka ditangkap bersetubuh dalam keadaan berbogel tular di medai sosial. 

Pada 29 Mac. pasangan gay ini telah ditangkap dan dipukul oleh penduduk kampung. menurut lapor Harian Metro, Mahkamah Syariah Aceh telah menjatukan hukuman 85 kali sebatan terhadap mereka

Hukuman itu akan dilaksanakan pada 25 Mei ini terhadap kedua-dua lelaki yang berusia 20 dan 23 tahun itu.

Seorang daripadanya menangis selepas mahkamah menjatuhkan hukuman dan memohon hukuman diringankan.

Pasangan itu dicekup penduduk di Banda Aceh yang memecah masuk bilik sewa mereka ketika pasangan itu sedang melakukan hubungan seks.

Rakaman kejadian itu tersebar di media sosial menunjukkan kedua-dua lelaki berkenaan dalam keadaan bogel, diasak penduduk yang menahan mereka.

Ketua panel tiga hakim, Khairil Jamal, berkata dua lelaki terbukti bersalah melakukan hubungan seks sejenis dan hakim bersetuju tidak mengenakan hukuman maksimum sebat 100 kali kerana tertuduh berkelakuan baik di mahkamah, bekerjasama dengan pihak berkuasa serta tiada rekod kesalahan sebelum ini.

“Sebagai umat Islam, tertuduh perlu mematuhi undang-undang Syariah di Aceh,” kata Khairil.

Aceh, satu-satunya wilayah di Indonesia yang menggunakan undang-undang Syariah, mula melaksanakan hukuman sebat sehingga 100 kali bagi beberapa kesalahan, termasuk berzina, minum arak, berjudi, wanita berpakaian mencolok mata dan tidak solat Jumaat, dua tahun lalu. - Harian Metro

loading...