Jumaat, 26 Mei 2017

Pemandu Uber Dan Grabcar Jadi Mangsa Serangan Seksual.

Jangan ingat pemandu lelaki Uber dan Grabcar selamat, meraka juga berdepan risiko serangn seksual oleh penumpang.

Menurut laporang Sinar Harian, Pengerusi Persatuan Pemandu Uber Grab Malaysia (PPUGM) Daryl Chong berkata, pihaknya turut menerima aduan daripada pemandu yang mendakwa dicabul oleh penumpang.

“Ini kerana terdapat pemandu lelaki berhadapan dengan gangguan seksual apabila mereka diraba oleh penumpang lelaki.

“Tapi, kita tak mampu untuk buat apa-apa apabila berhadapan dengan kes samun, keselamatan diri paling penting," katanya.

Daryl berkata, pihaknya juga menyarankan syarikat Uber Grab mengemas kini data pelanggannya untuk dijadikan rujukan sekiranya terdapat kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Setakat ini, penumpang tidak perlu mendaftar dan meletakkan apa-apa butir peribadi. Mereka hanya perlu letak nombor telefon serta nama.

“Sepatutnya syarikat berkenaan ambil butir peribadi pelanggan ini kerana jika berlaku apa-apa insiden yang tidak diinginkan, kita mudah mengesan individu berkenaan,” katanya.

Menurutnya, tidak timbul isu privasi data pelanggan kerana hanya syarikat berkenaan yang mengetahuinya.

“Syarikat berkenaan juga boleh mengeluarkan perjanjian data tersebut hanya untuk kegunaan mereka saja,” katanya.

Daryl juga menasihati pemandu Uber Grab untuk sentiasa berwaspada ketika mengambil penumpang selain segera menghubungi perkhidmatan pelanggan Uber atau Grab jika berlaku kejadian jenayah.

“Pemandu boleh menurunkan penumpang segera apabila mendapati sesuatu yang mencurigakan, pemandu perlu segera menghubungi perkhidmatan pelanggan Uber atau Grab bagi melaporkan kejadian itu,” katanya.-Sinar Harian
loading...