Rabu, 3 Mei 2017

Pembantu Warden Yang Menyebabkan Kematian Pelajar Tahfiz Dibebaskan Dengan Jaminan Bon

Kota Tinggi – Suspek lelaki berusia 29 tahun yang berbaju lokap berwarna jingga dibawa ke Mahkamah Majistret pada pukul 12.15 tengah hari.

Hakim Mahkamah Sesyen, Salawati Djambari membenarkan permohonan polis untuk membebaskan pembantu warden itu dengan jaminan bon di bawah Seksyen 118 Kanun Acara Jenayah sebanyak RM20,000.

Sebaik dibebaskan pukul 1 petang, suspek yang kelihatan sebak sempat menadah tangan selain membuat sujud syukur.

Suspek pada mulanya ditahan reman empat hari pada 23 April lalu sebelum disambung tiga hari sehingga 29 April bagi mambantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010.

Walau bagaimanapun, selepas siasatan kes itu diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh susulan kematian mangsa pada 26 April lalu, tempoh reman terhadap suspek dilanjutkan tujuh hari bermula 27 April hingga hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Utusan
loading...