Rabu, 3 Mei 2017

Pengantin Baru Ditahan Polis Selepas Selesai Bernikah

Palembang: Seorang lelaki tak sempat mengecapi kenikmatan malam pertama apabila lelaki berusia 26 tahun itu terpaksa di tahan pihak polis selepas majlis pernikahannya selesai.

Selesai sahaja majlis tersebut beberapa anggota polis mengejutkan para tetamu, tanpa menunggu lama lelaki yang lengkap dengan baju pengantin itu terus sahaja digari dan dibawa pergi.

Dalam kejadian itu berlaku kekechoan hingga mengakibatkan kepala pengantin lelaki itu berdarah.

Dikutip dari sumber jurnalsumut.com pengantin lelaki tersebut ditahan kerana terlibat dalam kes curi kereta mewah. Dipercayai kereta tersebut di jual untuk membiayai Majlis pernikahannya itu.

Ketua Polis Palembang Ade Harianto menjelaskan kereta tersebut pada awalnya di pinjam oleh suspek dengan alasan menjemput bakal isteri dan bertemu dengan calon martuanya.

Namun selepas beberapa hari kereta itu tidak di pulangkan kepada pemilik yang merupakan rakannya sendiri.

Kali terakhir diketahui suspek telah menjual kereta tersebut kepada orang lain. pemilik kereta itu membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati.

Lebih mengejutkan apabila siasatan lanjut yang dilakukan mendapati suspek merupakan anggota polis yang di buang kerja sejak setahun lalu.

Akibat dari perbuatan itu, suspek terpaksa tidur di dalam lokap dan kes ini masih dalam siasatan lanjut, sama ada suspek pernah melakukan jenayah sebelum ini, memandangkan dia sudah beberapa kali di kabarkan menipu rakan sekerja waktu bertugas.
loading...