Jumaat, 12 Mei 2017

Polis Selamatkan Gadis Terbabit Jenayah Seks Siber.

MANILA: Pihak berkuasa Filipina menyelamatkan empat gadis daripada jenayah seks siber, susulan penangkapan seorang lelaki warga Amerika Syarikat.

Dalam operasi menyelamat itu, polis turut menahan tiga wanita kerana menyiarkan video eksploitasi kanak-kanak kepada pelanggan.

Tiga beradik perempuan berusia lapan, sembilan dan 12 tahun serta seorang lagi kanak-kanak berusia 11 tahun itu kini berada dalam perlindungan, manakala tiga wanita berkenaan berhadapan pendakwaan.

Tangkapan dibuat dua minggu selepas pihak berkuasa Filipina menyerbu rumah lelaki AS, David Timothy Deakin, 53, yang disyaki terbabit dalam jenayah seks siber.

Ketika serbuan itu, ejen Biro Siasatan Kebangsaan turut menyelamatkan dua kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dan 12 tahun, yang berada di rumah Deakin

Pihak berkuasa turut merampas kandungan digital haram terbesar di Filipina.

Puluhan cakera keras dan komputer kini sedang diteliti bagi mencari mangsa lain selain pembeli.

Deakin bagaimanapun menafikan terbabit dalam sebarang salah laku.


"Mereka memutar-belitkan cerita seolah-olah saya mempergunakan budak itu," katanya selepas penangkapannya pada 20 April lalu. - Berita Harian Online
loading...