Selasa, 16 Mei 2017

Remaja Jual Diri Bagi Menampung Kos Rawatan Ibu Hidap Kanser

Sungguh malang nasib seorang gadis remaja bernama Cao Mengyuan dari Tiongkok ini. 

Gadis yang baru berusia 19 tahun ini berputus asa untuk membiayai kos rawatan ibunya yang menghidap kanser kulit.

Malah dia rela menjual dirinya dengan harga 14 ribu Poundsterling untuk menampung kos rawatan ibunya. Apa yang sebenarnya terjadi?

Cao merupakan seorang gadis yang tinggal dan dibesarkan di kawasan perkampungan di Cina bahagian selatan. 

Dia tinggal bersama dengan ayahnya yang sudah tua, ibunya yang menderita kanser kulit, dan empat orang adik-beradik yang masih kecil serta belum mampu mencari nafkah. 

Da sendiri sudah berhenti sekolah demi menjadi tulang belakang keluarga dan mengaku hanya mendapat pendapatan bulanan untuk cukup makan sahaja.

Malang, ibunya telah seminggu dirawat di hospital Gaozhou People’s kerana mengalami infeksi serius pada paha kanan dan keluarga tersebut tidak memiliki sebarang insurans kesihatan apapun. 

Pihak hospital telah menyarankan ibunya dirujuk ke hospital yang lebih besar agar mendapatkan rawatan yang jauh lebih baik, namun keluarga Cao sama sekali tidak memiliki duit untuk membiayai kos rawatan tersebut.

Kemudian timbul idea gila untuk menjual diri dilaman media sosial dilakukan oleh Cao demi membiayai kos rawatan ibunya.

Beliau mengiklankan diri sendiri di laman website QQ.com. Meskipun banyak yang menganggap dirinya bergurau, namun Cao benar-benar mengatakan bahawa dia rela bekerja sebagai apa saja asalkan ada orang yang baik hati mahu memberikan duit bagi kos rawatan ibunya.

Setelah mengundang simpati bagi ribuan orang, sebuah badan amal di Tiongkok yang diketuai oleh Huang Qiliang mendengar khabar berita tentang nasib buruk keluarga Cao.

Perwakilan dari badan amal ini pun segera melawat keluarga Cao dan akhirnya setuju membayar semua ks rawatan ibunya.

Huang telah memberikan jaminan bahawa Cao tidak perlu menjual dirinya atau apa saja kerana ibunya telah mendapatkan rawatan yang diperlukan.

Cao pun mengaku bersyukur dan gembira kerana masih ada lagi orang baik yang mahu membantu diri dan keluarganya.
loading...